Pelakon terkenal, Edika Yusof, tampil menjawab dakwaan bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, yang mendakwa punca penceraian mereka adalah disebabkan oleh tindakan ganas sepanjang 22 tahun perkahwinan mereka.
Menurut laporan Kosmo, Edika berkata dakwaan tersebut tidak berasas dan sepatutnya telah dibangkitkan sejak dahulu jika benar berlaku.
Kalau berlaku keganasan rumah tangga, kenapa bukan dari dulu buat laporan? Kenapa baru sekarang?
“Takkan semua orang diam?” – Edika Yusof

Edika turut mempersoalkan mengapa dakwaan itu hanya dibangkitkan selepas sekian lama mereka berkahwin, sedangkan Hidayah mempunyai ramai saudara lelaki dan anak-anak yang sudah dewasa.
Dia ada tiga abang besar, tiga adik lelaki, dan anak-anak pun dah besar. Takkan semua diam?
Tak mahu malukan anak-anak

Pelakon yang popular sekitar era 90-an itu juga berkata dia memilih untuk menamatkan hubungan mereka secara baik demi menjaga air muka anak-anak.
Saya tak ingin lagi bertelagah. Kita jaga air muka anak-anak. Jangan gaduh-gaduh, fokus pada anak dan kita muhasabah diri.
Bekas isteri dakwa ada bukti

Dalam masa sama, Nor Hidayah mendakwa memiliki bukti dalam bentuk rakaman video dan gambar, serta menyatakan pihak polis sering datang ke rumah mereka bagi mengawal keadaan. Anak perempuan mereka, Fareena Nurulhaq, 20, turut dikatakan menjadi saksi kepada kejadian.
Untuk rekod, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada jam 10.42 pagi tadi. Permohonan perceraian ini difailkan oleh Hidayah pada Februari lalu selepas pernah memfailkannya buat kali pertama tahun lepas.




