“Kalau Boleh Nak Ketat Lagi, Yang Penting Glam Macam Nak Ambil Anugerah” – Netizen 

“Kalau Boleh Nak Ketat Lagi, Yang Penting Glam Macam Nak Ambil Anugerah” – Netizen 

Baru-baru ini, penampilan pelakon Rozita Che Wan menjadi perhatian ketika hadir di rumah terbuka usahawan dan pempengaruh, Noor Nabila.

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mengatakan busana yang dipakai oleh Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta seperti mahu mengambil anugerah.

BACA: “Tempat Isteri Di Sisi Suami” – Che Ta Tak Kisah Bakal Menantu Berhenti Kerja

Bagaimanapun, diruangan komen ramai yang kurang senang dengan baju digayakan oleh Che Ta yang didakwa agak ketat serta tidak sesuai dengan usianya.

Malah, ada yang mengatakan fesyen rambu yang digayakan oleh Che Ta sudah lapuk. Tidak kurang juga ada yang mengatakan jika tidak memakai pakaian ketat ramai tahu Che Ta sememangnya memiliki badan langsing.

Dalam pada itu, ada yang memuji fesyen yang digayakan Che Ta yang sememangnya glamor dan akan menjadi perhatian ramai.


Scroll to Top