Tanggungjawab yang dipikul untuk menjadi penjawat awam ini sangatlah besar dan tak semua orang boleh pikul. Tapi ada juga yang ambil kesempatan di atas jawatan yang disandang.
Baru-baru ini jurumekap profesional, Syedewa berkongsi pengalamannya hampir di scam oleh dua orang polis trafik ketika memandu.
Katanya, dia diminta berhenti oleh salah seorang pegawai sebelum dimaklumkan akan disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
Dia cakap kawan dia nmpak aku tak pakai, on the way baru pasang Aku cakap kalau betul tak pakai tunjuk lah bukti. Dia cakap kalau nak fight pegi mahkamah.
Apa yang hamak saman sangat PDRM ni?
Polis tahan aku pastu nak kluarkan saman atas kesalahan tak pakai tali pinggang keledar.
Aku ckp aku mmg pakai
Dia ckp kawan dia nmpak aku tak pakai, odw baru pasang
Aku ckp kalau betul tak pakai tunjuk lah bukti
Dia ckp kalau nak fight pegi mahkamahApe yg hamak saman sgt pdrm…
— Syedewa (@syedewa) August 6, 2024
Tak mahu isu ini meleret, Syedewa juga berkata keretanya akan mengeluarkan bunyi jika tali pinggang tak dipakai sekaligus menafikan dakwaan tersebut.
Dia reply “Hmm tu lah tu”. Pastu dia lepas.
Masalahnya.. Boleh eh saman-saman gitu, main tengok-tengok, teka-teka siap suruh pergi mahkamah fight. Apebenda ni PDRM?
Ramai tampil cerita pengalaman yang sama
Tak hanya berkongsi X, dia turut menceritakan pengalaman ini di Instagram kerana tertanya-tanya dengan tindakan tak bermoral polis trafik tersebut.
Lebih mengejutkan, rupanya ramai yang membalas hantaran itu dan memaklumkan mereka juga pernah ada pengalaman ini.

Bahaya betul ye sekarang ni. Patutnya sebagai pihak berkuasa kena melindungi orang awam bukannya ambil kesempatan. Jadi, peringatan untuk semua, perlulah sentiasa berhati-hati dengan indvidu tak bermoral macam ni lah ye.
