“Kalau Nak Pasangan Baik, Mestilah Saya Kena Jadi Baik”  

“Kalau Nak Pasangan Baik, Mestilah Saya Kena Jadi Baik”  

Pelakon Aliff Aziz memilih untuk mengunci mulut mengenai status dirinya kini dan dalam proses memperbaiki dirinya selepas apa yang terjadi sebelum ini.

Memetik BH Online, Aliff berkata dia menafikan dirinya ‘play victim’ serta tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali mendirikan rumah tangga.

BACA: Aliff Aziz Syukur Masih Terima Tawaran Berlakon

Bagaimanapun, Aliff berkata fokus utamanya kini adalah untuk menjadi insan lebih baik jika mahukan pasangan yang baik.

“Untuk kata hati saya sudah tertutup itu, segala rezeki, jodoh, ajal semuanya saya serah bulat-bulat pada Allah. Saya pegang kepercayaan itu

“Biar Allah yang tentukan, insya-Allah. Cuma saya belajar kalau hendak dapat pasangan baik, mestilah saya kena jadi baik.

“Jadi saya kena fokus ke arah itu. Takkan saya hendak menghakimi orang, saya pun ada rekod yang tak berapa baik (kontroversi) sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Aliff lebih selesa untuk tidak mengulas mengenai status dirinya kerana bimbang akan diperkatakan jika dia menjawab mengenai perkara itu.

“Saya tidak mengiyakan atau menidakkan (sama ada sudah bertemu jodoh). Bukan apa kalau saya jawab nanti lebih banyak pula isu yang menjadi perbincangan.

“Jadi, saya pilih untuk tidak berkongsi. Saya pilih untuk fokus kepada cerita perjalanan kerjaya saya. Selebihnya itu, tak perlulah kita ulaskan,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top