Pelakon Chacha Maembong mendedahkan dia pernah dilabel sombong kerana raut wajahnya yang garang apabila kepenatan.
Memetik Oh Bulan, Chacha berkata dakwaan itu timbul mungkin kerana mereka menilainya dari segi luaran dan tidak mengenalinya.
BACA:“Chacha Miliki Karakter, Ciri-Ciri Wanita Saya Idamkan”
“Saya akui air muka saya nampak ‘keras’, lebih-lebih lagi selepas kepenatan pulang dari penggambaran sampai dikatakan macam diva dan menyombong.
“Hakikatnya saya bukan begitu. Kalau orang tegur, saya balas secara baik. Saya siapa nak berlagak diva? Cuma mungkin orang tak kenal, jadi sangka saya bersikap sebegitu.
“Kalau nampak saya macam sombong, itu kerana saya penat. Jika dah kenal mesti tahu saya bukan macam diperkatakan,” katanya.
Sementara itu, Chacha berkata dia tidak marah dengan tuduhan berkenaan kerana baginya itu hanyalah salah faham.
“Tiada sekelumit pun rasa marah dituduh sedemikian kerana itu bukan diri saya. Terpulang apa yang orang nak cakap, saya tak simpan dalam hati.
“Sebagai pelakon, mental kena kuat. Kalau ada yang masih tuduh saya diva, saya cuma balas dengan ucapan terima kasih sahaja,” katanya.
Sumber: Oh Bulan



