Meskipun sebelum ini pernah terpalit dengan isu rumah tangga bersama bekas isterinya, Nor Hidayah Yusri, pelakon popular Edika Yusof sekali lagi menjadi tumpuan apabila didakwa berlaku curang selepas meninggalkan komen berbentuk sapaan ‘Hai’ kepada model seksi di media sosial.
Tindakan Edika itu sekaligus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen yang menganggap perbuatannya itu kurang wajar, terutama selepas berdepan kontroversi perkahwinan.




Enggan terus menimbulkan spekulasi, Edika menjelaskan tindakannya itu hanyalah sekadar mahu mencipta peluang perniagaan.
“Saya nak hai buat apa saya nak tunjuk dekat sosial media? Saya tak pernah ada rekod curang.
“Kita ada buat produk skincare, wife saya tak pandai nak berkomunikasi dengan overseas punya model. Dan saya pula seorang model international jadi saya tahu macam mana mahu berkomunikasi sebab kita nak masukkan produk kita ke tahap antarabangsa.
“Jadi, saya ‘hai’ sahaja. Not more than that. Hai sahaja then kita tengok macam mana? Boleh berkolaborasi atau sebaliknya untuk produk kita,” katanya.
Terdahulu, Edika, 58, dan Hidayah, 47, sah bercerai talak satu menerusi lafaz yang dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada, Isnin sekaligus menoktahkan perkahwinan mereka yang berusia 21 tahun.
Edika atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Abd Majid, 58, melafazkan cerai di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Namun, aktor itu menyatakan hasrat mahu rujuk semula bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri dalam tempoh iddah.
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Give Up Untuk Selamatkan Rumah Tangga Saya” – Edika Yusof Mahu Rujuk Semula?
ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Yang Failkan, Jadi Kita Ceraikanlah” – Edika Yusof & Isteri Sah Cerai Talak Satu
ARTIKEL BERKAITAN:“Kekuatan Saya Adalah Isteri” – Edika Yusof Nafi Kasari Nor Hidayah, Anggap Tuduhan Sebagai Penghinaan
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Jaga Dia 19 Tahun, Tapi Kenapa Baru Sekarang?” – Edika Yusof ‘Akur’, Anggap Isteri Fail Cerai Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi
Sumber: mStar




