Lelaki tikam leher rakan wanita tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Lelaki tikam leher rakan wanita tiba di mahkamah untuk pendakwaan

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Suspek lelaki yang disyaki menikam leher rakan wanitanya dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini, tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar jam 8.36 pagi.

Suspek berusia 32 tahun yang berkemeja T dan seluar panjang itu tiba dengan van polis dan diiringi anggota polis untuk proses pendakwaan bagi Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 9.19 malam itu, seorang wanita berusia 35 tahun cedera di leher dipercayai ditikam rakan lelaki di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah.

Bagaimanapun suspek yang melarikan diri akhirnya berjaya ditahan polis selepas empat jam kejadian berlaku dan pisau rambo yang digunakan ditemui keesokan hari di kawasan sawah berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dalam sidang media sebelum ini berkata, kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu atau cinta tidak berbalas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top