Pelakon Ozlynn bersetuju bahawa duit bukan nafkah wajib buat seorang suami kepada isteri dan dalam Islam nafkah yang perlu dilunaskan adalah tempat tinggal dan makan.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu bertanyakan mengenai nafkah seorang suami terhadap isteri.
BACA: Ozlynn Syukur Terima Banyak Tawaran Berlakon Lepas Berhijab

“Suami cakap dalam Islam nafkah untuk isteri adalah tempt tinggal, makan dan yang lain-lain. Tapi nafkah duit tak wajib pun bagi. Kalau korang kan tuntut tak duit nafkah tu? Maaf sekadar bertanya saja sebab hangat isu ini,” tulisnya.
Tambah Ozlyn lagi, rezeki seorang suami akan lebih luas sekiranya tidak berkira terhadap isteri namun dalam masa sama isteri juga perlu memahami situasi suami.
“Betul la tu.. tapi kalau suami tu nak murah rezeki jangan kedekut dengan isteri. Doa isteri pun penting untuk dia. Senang cerita suami dan isteri saling memerlukan. Isteri juga kena faham situasi suami.
“Suami perlu jujur dengan isteri supaya isteri faham keadaan kewangan. Yang penting suami tu bukan pemalas la kan.
“Senang cakap isteri tenang dan happy, boleh auto nampak bahagia dan rezeki tu mencurah. Suami pula kalau ada rezeki lebih jangan kedekut kongsi dengan isteri,” tulisnya.




