“Kali ni saya tak nak suami orang..” – King Coco mengaku masih ‘single’

Nama selebriti media sosial, King Coco kembali menjadi perbualan warganet selepas tampil menjelaskan mengenai status perkahwinannya yang sudah berpisah dengan suami, Azrin Anas Abdul Shukor.

Menerusi kemas kini di laman Instagram, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail dilihat mengambil sudut positif atas perhubungan yang tidak berkekalan itu selain menjalani kehidupan sebagai wanita ‘single’.

Bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun itu sempat bergurau menyatakan bahawa dia tidak mahu memiliki suami orang lagi sekiranya ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

“Iye awak saya single, jangan risau kali ni saya tak nak suami orang hahahah. Eh jap tapi nak jadi bini nombor empat je. Cukuplah. Sanggup tak bermadu dengan saya?,” tulisnya.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mendakwa wanita yang popular dengan ‘slang’ pelat mat salih itu telah merampas Azrin yang sudah mempunyai isteri ketika mereka berkahwin pada awal 2017.

Hasil perkahwinan dengan bekas juruterbang itu, Coco dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Sumber: Instagram King Coco