Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

KUALA LUMPUR – Bapa kepada penyanyi Faizal Tahir, Dr. Tahir Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.40 pagi ini pada usia 71 tahun.

Berita itu disampaikan Faizal dan adiknya Anas yang merupakan penyampai radio Zayan di laman Instagram pagi ini.

Allahyarham Dr Tahir merupakan bekas pensyarah di Universiti Malaya dan seorang aktivis Palestin.

Tidak hanya itu, Allahyarham juga turut bersama pertubuhan bukan kerajaan Aqsa Syarif, yang memperjuangkan bumi Palestin dan negara Arab yang bergolak. -MalaysiaGazette