Isu Kamal Adli tegur Tareq Fit jadi perhatian ramai selepas berlaku saling berbalas kenyataan di media sosial. Semuanya bermula apabila Kamal tampil memberi nasihat ringkas agar individu berkenaan memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang Ramadan.
Namun teguran itu nampaknya tidak diterima dengan baik apabila Tareq bertindak mempersoalkan kerjaya lakonan Kamal. Situasi tersebut kemudian mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Teguran awal Kamal Adli di media sosial

Kamal menulis teguran tersebut menerusi ruangan balas di Threads dengan nada yang dilihat cuba menenangkan keadaan. Pelakon itu mengingatkan agar bulan puasa digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tak apa bang, fokus puasa je bang. Fokus Allah okay bang.- Tulisnya.
Selepas itu, keadaan bertukar tegang apabila Tareq mempersoalkan sumber rezeki Kamal. Dia mendakwa pelakon tersebut mencari rezeki dengan cara tidak halal kerana berlakon bersama wanita yang tidak menjaga aurat.
Kenyataan tersebut mengejutkan ramai dan membuatkan perbincangan semakin melarat di media sosial.
Kamal Adli tampil beri penjelasan

Tidak berdiam diri, Kamal membalas semula dengan menjelaskan bahawa masyarakat di Malaysia hidup dalam suasana harmoni. Katanya, tidak perlu mencari kesalahan orang lain sehingga mencetuskan perbalahan.
Kita dekat Malaysia ini hidup harmoni saja, semua orang hormat masing-masing dan agama masing-masing. Bukan kerja hari-hari bangun cari salah manusia, kubur lain-lain kan.- Balas Kamal.

Kamal turut menegaskan bahawa urusan menegur hal agama lebih sesuai dilakukan oleh individu yang mempunyai kelayakan dan ilmu.
Cuma saya cakap cukup-cukuplah, ini bulan puasa. Fokus ibadah saja, jaga keluarga masing-masing. Kita ada ustaz, ada orang agama yang lebih layak.- Ujarnya.
Tindakan Kamal Adli tegur Tareq Fit mendapat perhatian ramai yang rata-rata bersetuju dengan pendiriannya. Ada yang berpendapat teguran tersebut dibuat secara baik, namun disalah tafsir sehingga menjadi isu lebih besar.
Perkongsian itu terus menjadi bualan kerana ramai melihat ia sebagai peringatan umum agar tidak mudah menghukum orang lain terutama dalam bulan Ramadan.

Pssttt! Ohmedia harap korang ambil peluang bulan puasa ini untuk fokus baiki diri sendiri dulu. Kadang-kadang kita terlalu sibuk menilai orang lain sampai terlupa muhasabah diri.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




