“Kami Sekeluarga Layan Sebaik-Baiknya Dia, Tak Sangka..” – Adik Que Haidar

“Kami Sekeluarga Layan Sebaik-Baiknya Dia, Tak Sangka..” – Adik Que Haidar

Oh! Artis

Adik Que Haidar berterima kasih kepada Linda Jasmine yang didakwa telah menfitnah abangnya.


Adik kepada pelakon Que Haidar iaitu Dayangku Nazeera meluahkan rasa kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas kakak iparnya, Linda Jasmine.

BACA: “Sebab Itu Saya Ceraikan Dia” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Dayangku Nazeera memuat naik satu video daripada Ustaz Wadi Annuar mengenai dosa sesama manusia tidak akan diampunkan selagi tidak meminta maaf.

“Yang sebarkan fitnah, bersedialah..”

Dayangku Nazeera memohon pihak yang menyebarkan fitnah mengenai abangnya supaya bersedia untuk menjawab di akhirat kelak.

Lebih menyedihkan beliau tidak menyangka abang akan difitnah kerana mereka sekeluarga melayani bekas kakak ipar dengan baik.

Kami sekeluarga layan sebaik-baiknya dia. Tak sangka difitnah sebegini.

Dalam masa sama, Dayangku Nazeera turut mendoakan agar abangnya terus kuat menghadapi dugaan yang sedang melanda.

Terima kasih ex sister in law atas fitnah yang disebar. Semoga Allah membalas. Semoga Allah melindungi abang saya…

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memberikan kata-kata semangat dan doa agar segala urusan dipermudahkan.

Sebelum ini, isu rumah tangga Que Haidar menjadi perhatian selepas beberapa pendedahan termasuk daripada Ellie Suriaty yang mendakwa pelakon itu mengorbankan kerjaya selama 16 tahun demi keluarga. 

Pssttt! Dalam situasi macam ni, memang mudah untuk orang luar buat spekulasi tanpa tahu cerita sebenar. Tapi bila dah melibatkan keluarga dan maruah, setiap kata-kata yang dilemparkan boleh beri kesan besar. Harap semua pihak dapat bertenang dan elakkan tambah keruh keadaan. Kebenaran mungkin belum jelas sekarang, tapi masa akan tentukan segalanya.

Kredit: TikTok Dayangku Nazeera
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top