“Kami Tengok Pun Letih” – Netizen Kagum Dengan PMX, Kerja Tanpa Henti Untuk Negara | Oh! Inspirasi – Oh! Media

“Kami Tengok Pun Letih” – Netizen Kagum Dengan PMX, Kerja Tanpa Henti Untuk Negara | Oh! Inspirasi – Oh! Media

Oh! Inspirasi

Pelantikan Ketua Hakim, rundingan Kemboja Thailand dan lawatan ke Indonesia semua dalam sehari, sungguh luar biasa stamina PMX!


Jika kita mengikuti media sosial rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasti kita akan terkejut melihat betapa padatnya jadual kerja beliau hari ini.

Bermula dengan menghadiri beberapa acara rasmi negara, diikuti dengan mesyuarat berprofil tinggi dan tidak berhenti sehingga lewat malam.

Tiga acara rasmi dan penting negara dalam sehari!

Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Menerusi perkongsian daripada Facebook rasmi PMX, waktu pagi beliau telah menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Ketua Hakim Negara dan beberapa Hakim yang telah disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara.

Usai istiadat berkenaan, pada belah petang PMX mula bergegas ke Seri Perdana, Putrajaya untuk mempengerusikan Mesyuarat Khas Rundingan Damai antara Thailand dan Kemboja.

Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Mesyuarat ini boleh dianggap amat kritikal bukan sahaja kerana melibatkan kedaulatan dua negara berjiran, tetapi juga demi kestabilan rantau ASEAN secara keseluruhan. Sebagai Pengerusi ASEAN, PMX tampil memainkan peranan penting sebagai pendamai.

Walaupun pada permulaan meja rundingan kelihatan agak tegang namun beliau berjaya kendalikan dengan baik, keputusan mesyuarat ini juga membawa Thailand dan Kemboja akhirnya mencapai kata sepakat untuk menamatkan persengketaan dengan pelaksanaan gencatan senjata bermula tepat tengah malam ini.

Kredit foto Facebook Anwar Ibrahim

Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat telah selamat tiba di Jakarta bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Indonesia.

Netizen tidak dapat lagi menahan impress

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan tahap komitmen dan kesungguhan PMX dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin nombor satu negara.

Pssttt! Komitmen dan kerja keras PMX untuk negara hari ini, wajar kita semua berikan pujian dan sokongan.

Kredit: Anwar Ibrahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Scroll to Top