Kanak-kanak cedera dipercayai ditikam bapa

Kanak-kanak cedera dipercayai ditikam bapa

am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera dipercayai ditikam bapanya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, berkata, berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak berkenaan ditikam di bahagian dada.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami berharap agar semua pihak tidak membuat spekulasi sendiri berkaitan kes ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top