PN mesyuarat agihan kerusi PRN Johor hari ini

PN mesyuarat agihan kerusi PRN Johor hari ini

lokman.khairi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perikatan Nasional (PN) menubuhkan jawatankuasa khas bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dipengerusikan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatankuasa itu bertanggungjawab membincangkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada pilihan raya itu kelak.

Katanya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PN dilantik sebagai setiausaha jawatankuasa berkenaan yang akan mengadakan mesyuarat khas pertama pada hari ini (Selasa).

“Setiap parti komponen akan menghantar dua wakil dalam jawatankuasa ini.

“Rundingan agihan kerusi akan berlangsung esok (Selasa), ia akan diselesaikan segera (dan ia) mustahak… (ini) bagi menghadapi hari penamaan calon pada Sabtu ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Tertinggi PN di Pejabat Agung PAS, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, parti PEJUANG dan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang secara rasmi menganggotai gabungan itu tidak terbabit dalam rundingan berkenaan.

Mengenai penggunaan logo PN bagi PRN akan datang, beliau memaklumkan perkara itu belum lagi dibincangkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top