LATEST

Wanita maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting

Wanita maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting

am@hmetro.com.my

Baca juga: Cinta terhadap United tak pernah padam – Carrick

Shah Alam: Seorang wanita tempatan ditemukan maut dipercayai dijerut di bahagian leher oleh anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news