SHAH ALAM: Seorang wanita tempatan ditemui maut di kediamannya di Banting, Kuala Langat hari ini, dipercayai akibat dijerut oleh anak lelakinya.
Baca juga: Waspada taktik kotor saat akhir parti lawan – Asyraf Wajdi
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari.
“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.
“Susulan kejadian itu, pihak polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam peringkat siasatan,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd