Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai

Kanak-kanak lelaki dipercayai lemas ketika mandi di sungai

Katanya, mangsa berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang, dipercayai lemas.

“Setibanya jentera di lokasi, kita terima makluman daripada saksi, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi manda hilang dan dipercayai telah lemas,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan, dengan ‘surface searching’ dilakukan bersama orang kampung merangkumi jarak 30 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.

Setakat ini, katanya, 10 orang terlibat dalam operasi SAR itu dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan juga telah digerakkan ke lokasi. – Bernama