Hubungan mesra antara pempengaruh dan model jelita, Ameera Khan bersama kekasihnya, pelakon Jefri Nichol, semakin menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa itu memuat naik sekeping foto bersama Jefri.
Dalam foto berkenaan, Ameera kelihatan manis berhijab hitam, sementara Jefri tampil segak mengenakan kemeja putih.
Lebih mencuri perhatian, menerusi kapsyen ringkas, Ameera menyifatkan kehadiran Jefri dalam hidupnya sebagai takdir terindah.
“قدر جميل (qadarun jameel),” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membuat spekulasi penampilan pasangan itu seakan-akan menghadiri kursus kahwin.




