Kazar jarang ‘online’, hormati bulan Ramadan “Perbaiki diri, banyak bersabar”

Kazar jarang ‘online’, hormati bulan Ramadan “Perbaiki diri, banyak bersabar”

Nama pelakon Kazar Saisi menjadi topik bualan ‘panas’ warganet setelah anaknya, Ira Kazar terpalit dalam kontroversi rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof.

Lebih menghangatkan suasana apabila Syamsul Yusof membuat pengakuan sudah mengahwini Ira Kazar pada awal Januari lalu sehingga ramai tak puas hati selain memetik nama Kazar sebagai bapa yang tidak pandai menjaga anak.

Meskipun nama Kazar hangat menjadi bualan, namun aktor berusia 63 tahun mengambil keputusan untuk berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Terbaharu, pemilik nama Kazaruddin Saisi mendedahkan diriya kini kurang menggunakan media sosial terutama Instagram (IG) sebagai tanda penghormatan kepada bulan Ramadan, bulan penuh kemuliaan.

“Bulan Ramadan ni macam saya, kuranglah tengok Instagram, semua, kuranglah.. sebab kita cuba hormati bulan Ramadan.
“Tak nak tengok yang … cuba perbaiki diri dari sebelum ini,”ujarnya.

Bukan itu sahaja, Kazar yang lebih dikenali sebagai Pak Samad dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku turut menyatakan dia kini sedang berusaha untuk memperbaiki diri pada setiap kali tibanya Ramadan.

Malah, dia juga sedang belajar untuk memperbanyakkan bersabar di bulan penuh kemuliaan dan barakah ini.

“Itu apa yang saya belajar akhir-akhir ini,  kena banyak bersabar. Terbuktilah sabar itu banyak ganjarannya,”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Kazar turut menyatakan kerinduannya untuk berkarya dengan pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid terutama mengenangkan memori menyambut bulan Ramadan.

Sumber: Facebook mStar Online