KDN FC siap sedia uji Sri Pahang

KDN FC siap sedia uji Sri Pahang

KDN FC menjadikan aksi persahabatan menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada Rabu sebagai medan menguji kekuatan pasukan dalam mengharungi saingan musim ini.

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) menjadikan aksi persahabatan menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Muhammad IV pada Rabu sebagai medan menguji kekuatan pasukan dalam mengharungi saingan musim ini.

Pengendalinya, Park Jaehong berkata, kesempatan itu akan dimanfaatkan untuk melihat kekuatan dan kelemahan pasukan sebelum sepak mula Liga Super.

“Jadi kita tidak akan mengambil mudah perlawanan itu nanti, saya difahamkan Sri Pahang sudah menjalani persiapan yang cukup rapi sebagai persediaan menghadapi saingan,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini barisan jurulatih belum memikirkan percaturan untuk aksi itu nanti.

Ujarnya, dia mahu melihat dan menganalisis semua pemain agar mereka betul-betul bersedia berdepan Sri Pahang.

“Pihak kejurulatihan juga tidak mahu terburu-buru memandangkan kami baru sahaja melalui satu perlawanan pra musim sahaja berbanding Sri Pahang FC.

“Pihak kami sedar kelab lawan konsisten sejak musim lepas, mereka juga telah mengatur banyak aksi persahabatan sempena pra musim ketika ini dan kami gembira kerana bakal menerima satu kelab yang baik untuk persiapan kami,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!