Bukan sekadar acara hiburan biasa, K!DZ Pop Con Asia 2026 nampaknya berjaya mencuri perhatian apabila menghimpunkan ribuan keluarga, kanak-kanak dan peminat pop culture dalam satu pengalaman penuh warna-warni.
Acara dua hari yang berlangsung pada 23 hingga 24 Mei di Sands Expo & Convention Centre Singapura itu menjadi medan untuk anak-anak kecil meneroka dunia kreativiti, permainan dan pembelajaran dengan cara yang lebih menyeronokkan.
K!DZ Pop Con Asia 2026 jadi ‘playground’ interaktif untuk keluarga

Dianjurkan oleh Generation Experience Pte Ltd, pasukan sama di sebalik Singapore Comic Con dan Creators Con, K!DZ Pop Con Asia sekali lagi mengubah ruang konvensyen menjadi sebuah taman permainan interaktif yang meriah.
Sepanjang hujung minggu tersebut, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan pentas, bengkel hands-on, zon permainan interaktif, sesi bertemu maskot dan pengalaman pendidikan yang direka khas untuk merangsang imaginasi kanak-kanak melalui aktiviti bermain.
Antara tarikan utama ialah bengkel seni kreatif, sesi storytelling, booth pembelajaran interaktif dan aktiviti berasaskan kemahiran yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar sambil berseronok.
Pertandingan cosplay kanak-kanak jadi tumpuan

Salah satu momen paling mencuri perhatian ialah kemunculan semula K!DZ Cosplay Competition, di mana peserta cilik tampil di atas pentas dengan kostum karakter kegemaran masing-masing.
Zon pengalaman jenama dan aktivasi rakan kerjasama turut mendapat sambutan menggalakkan apabila memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka, belajar dan berinteraksi melalui konsep play-based.
Selain itu, kemunculan karakter, pengalaman bertema, sesi bergambar interaktif, demonstrasi langsung dan percubaan hands-on di booth yang mengambil bahagian turut menambah kemeriahan di ruang pameran.
Bina platform pop culture keluarga di Asia

Menurut penganjur, Generation Experience Pte Ltd, K!DZ Pop Con Asia terus berkembang sebagai ruang yang memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka, keluarga mengeratkan hubungan dan jenama berhubung secara lebih bermakna dengan generasi baharu.
Penganjur turut menyatakan bahawa edisi tahun ini membuktikan permintaan yang kukuh terhadap pengalaman pop culture berfokuskan keluarga di Asia.
Edisi tahun ini telah menunjukkan kepada kami permintaan yang kukuh terhadap pengalaman pop culture berfokuskan keluarga di Asia, dan kami teruja untuk terus membangunkan platform ini pada tahun-tahun akan datang.
Susulan kejayaan edisi 2026, K!DZ Pop Con Asia akan terus meneruskan misinya untuk memperluaskan pengalaman yang lebih menarik, mendidik dan menghiburkan buat keluarga di seluruh rantau ini.

Selepas ini, Generation Experience bakal membawa kembali Singapore Comic Con yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 6 Disember 2026 di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Level 1 dan Basement 2.
Acara itu dijangka menjadi destinasi wajib buat peminat pop culture untuk menikmati pelbagai tarikan di bawah satu bumbung termasuk exclusive drops, pertemuan bersama creator dan pengalaman interaktif yang lebih mantap.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.singaporecomiccon.com.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




