“Kebahagian Itu Kita Yang Cipta & Nikmati” – Aliff Syukri Minta Isteri ‘Arrange’ Berbuka Puasa, Kelibat Bekas Suami Bonda Rozita Curi Tumpuan

“Kebahagian Itu Kita Yang Cipta & Nikmati” – Aliff Syukri Minta Isteri ‘Arrange’ Berbuka Puasa, Kelibat Bekas Suami Bonda Rozita Curi Tumpuan

Meskipun ibunya yang juga usahawan, Bonda Rozita memilih untuk berkahwin lain, namun ikatan kekeluargaan antara selebriti popular, Datuk Aliff Syukri dan ayah tirinya masih baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff Syukri memaklumkan, kebahagiaan itu harus dicipta dan dinikmati.

Justeru, majlis berbuka puasa adalah inisiatif untuknya berkumpul dengan adik beradik dan keluarga.

“Kebahagiaan itu kita yang cipta dan kita nikmati. Saya percaya tiada insan yang lebih berharga melainkan keluarga kita.

“Saya jarang dapat berkumpul dengan adik beradik saya, jadi saya bagitau isteri saya untuk tolong arrange kan majlis berbuka puasa adik- beradik.

“Alhamdulilah teringat momen masa kecil suka dan duka..banyak yang kami sembangkan. Hargai la setiap kenangan kerana ia tidak akan berulang lagi,” katanya.

Manakala, menerusi perkongsian kakaknya yang juga seorang usahawan, Yati Kamaruzzaman di TikTok, kelihatan keluarga besar tersebut dilihat sedang berkumpul di rumah Aliff untuk berbuka puasa bersama-sama.

Lebih mencuri tumpuan adalah kehadiran bapa tiri mereka yang dikenali sebagai Abang Haji turut kelihatan.

Menjengah ke ruangn balas, rata-rata warganet memuji sikap dan keakraban yang terjalin sesama mereka apatah lagi mengekalkan hubungan silarurrahim dengan bekas ayah tiri mereka.

 

 

Scroll to Top