Perlawanan yang diheret ke set penentuan itu bagaimanapun serba tidak menjadi buat pasangan negara, apabila Pearly cedera selepas terjatuh ketika beraksi pada kedudukan 6-18, sekali gus gagal menafikan kehebatan juara Terbuka Malaysia 2022 itu.
Keputusan berkenaan menyaksikan Apriyani-Siti Fadia melebarkan rekod kemenangan mereka ke atas pasangan Malaysia itu, yang turut tumpas kepada beregu wanita Indonesia itu di Masters Indonesia 2022 dan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2022.
Kali terakhir Pearly dan Thinaah meraih kejuaraan antarabangsa ialah pada Terbuka Perancis 2022, Oktober tahun lepas dengan mengejutkan juara dunia dua kali Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun, 21-19, 18-21, 21-15. – Bernama




