Kejayaan filem Mat Kilau, ciapan sayu Syafiq Yusof raih perhatian warganet

Kejayaan filem Mat Kilau, ciapan sayu Syafiq Yusof raih perhatian warganet

Baru-baru ini, ciapan adik kepada pengarah filem Mat Kilau iaitu Syafiq Yusof telah menarik perhatian warganet.

Menerusi ciapan yang memaparkan curhat daripada Syafiq Yusof di laman Twitter miliknya, dia yang juga seorang pengarah mengatakan setiap hasil sentuhan karya abangnya itu sentiasa mendapat tempat di kalangan penonton jika hendak dibandingkan dengan dirinya.

Menurut pengarah berusia 30 tahun itu, sentuhan karya Syamsul Yusof itu disamakan dengan ‘golden touch’ bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam ketika muda.

Ia dapat dilihat dengan jelas apabila filem terbaharu arahan abangnya iaitu Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Pada masa yang sama, pemilik nama Mohd Syafiq bin Mohd Yusof mengakui dirinya masih belum mendapat rentak bagi menghasilkan sebuah karya filem seperti mereka selain meluahkan kesyukuran atas rezeki yang diberikan oleh-Nya.

“Filem aku sahaja yang kadangkala laku, kadangkala tidak. Tapi tidak mengapa, rezeki itu ketentuan Tuhan. 

“Yang penting, kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang nak, kadang jatuh tapi jangan penting jangan berputus asa.”tulisnya.

Ciapan oleh Syafiq Yusof itu mendapat reaksi di kalangan warganet dan ia turut dimuat naik semula ke dalam platform Facebook.

Ramai berpendapat bahawa karya arahan Syafiq juga kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dengan bapa dan abangnya dalam industri seni tanah air.

Malah, ada yang memuji gaya kreativiti yang cuba diketengahkan dalam beberapa filem arahannya seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, Desolasi dan SAM.

Tidak kisahlah sama ada sentuhan Syamsul Yusof atau Syafiq Yusof, kalau sudah anak kepada penerbit dan pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam pasti semuanya hebat-hebat belaka.

Sumber: Facebook Movie Addict MY, Twitter @syafiqyusof