Kejayaan Para Asia Hangzhou 2022 bayangan emas Paralimpik Paris 2024

Kejayaan Para Asia Hangzhou 2022 bayangan emas Paralimpik Paris 2024

Megat Shahriman Zaharuddin

ATLET negara di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 sekali lagi membuktikan kehebatan apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Selepas memperoleh kejayaan mengagumkan di Sukan Para Asean 2023 di Kemboja, Jun lalu, mereka tampil menyinar di bumi Hangzhou apabila mudah melepasi sasaran 35 pingat ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Membariskan seramai 113 atlet dengan hampir separuh daripadanya membuat penampilan sulung di pentas berprestij itu, langsung tidak menyekat usaha untuk mengaut tujuh pingat emas, 15 perak dan 17 gangsa, bagi menduduki tangga ke-12 carta pingat.

Kem berbasikal muncul sebagai penyumbang pingat terbanyak iaitu satu pingat emas, enam perak dan empat gangsa diikuti sukan olahraga dengan tiga emas, dua perak dan empat gangsa.

Scroll to Top