Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan sebuah kereta berhenti di hadapan lampu isyarat sehingga menghalang lalu lintas.
Video berdurasi dua puluh tujuh saat yang dikongsi oleh akaun @jnmalaysia itu turut memperlihatkan dua orang lelaki yang dipercayai mabuk sedang tidur lena dalam kereta tersebut.
Seorang tidak berbaju, manakala seorang lagi memakai baju berwarna merah sambil kakinya dijulur keluar tingkap kereta.
Kata info, mereka nie mabuk & tidur depan traffic light. Tak pasti lokasi kat mana dan bila kejadian. pic.twitter.com/FGtqbOMe72
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 4, 2021
Meskipun telah dikejutkan oleh orang ramai yang mengelilingi keretanya, kedua-dua lelaki itu masih nyenyak tidur tanpa menghiraukan suasana sekeliling.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian berkenaan.
Malah, ada yang mengaitkan pasukan Liga Eropah Liverpool lebih-lebih lagi apabila melihat baju Liverpool berwarna merah yang dipakai oleh penumpang kereta tersebut.
Sumber: Twitter Jabatan Netizen Malaysia