Kekasih Anak Sulung Ozlynn Peluk Islam – “Saya Seronok Menjalani Setiap Proses Menjadi Seorang Muslim”

Kekasih Anak Sulung Ozlynn Peluk Islam – “Saya Seronok Menjalani Setiap Proses Menjadi Seorang Muslim”

Kekasih kepada anak sulung pasangan selebriti popular, Ozlynn dan Johan iaitu Ariq menyorot perhatian apabila memaklumkan, dia kini telahpun bergelar mualaf.

Menerusi perkongsian di platform media sosial, gadis yang dikenali sebagai Giya itu berkata, dia berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan terhadap keputusannya memeluk agama Islam.

Malah, Giya mengaku, dia kini berasa seronok menjalani setiap proses menjadi seorang muslim yang terbaik.

“Assalamualaikum everybody, i just wanted to come here dan ucapkan terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan komen dan  menyambut saya ke dalam komuniti ini. So good to be able to share that saya kini seorang mualaf (muslim revert).

“Saya sekarang seronok menjalani setiap proses. Saya tahu semua orang tidak sempurna tetapi kita semua tengah mencuba dan dulu saya pernah kata saya nak belajar bahasa Melayu dan sekarang saya tengah belajar duolingo. Sekarang saya tengah mempelajari beberapa perkataan dan ayat,” katanya.

Menerusi hantaran berlainan pula, Giya berharap Ramadan kali ini membawa seribu kebaikan untuknya meskipun banyak perkara yang perlu dipelajari.

“Semoga Allah membimbing saya melalui Ramadan ini, saya tahu saya tidak sempurna dan saya masih banyak belajar.

“Sesuatu tentang menjadi seorang yang kembali kembali kepada fitrah dengan menerima Islam. Saya sangat gembira dapat merasai perjalanan ini,” kongsinya.

Scroll to Top