Kelantan FC miliki pusat latihan sendiri sebelum 2025

Kelantan FC miliki pusat latihan sendiri sebelum 2025

KUALA LUMPUR – Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali Zamsaham berharap pasukannya bakal mempunyai padang latihan sendiri sebelum 2025.

Harapan itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman media sosial rasmi miliknya di mana dia mahu peminat TRW Kelantan agar mendoakan projek tersebut berjaya.

“Impian dan realiti. Semuanya bermula dengan angan-angan idea dan usaha. Kita tawakkal. Insya-Allah akan jadi kenyataan. Terima kasih di atas sokongan anda terhadap pasukan,” tulisnya.

Sebelum ini, Norizam berkongsi gambaran awal pusat latihan Kelantan yang dilihat serba moden dan canggih di mana pusat latihan baharu itu menggunakan warna utama pasukan iaitu merah dan putih.

Namun dia tidak berkongsi dengan lanjut mengenai kemudahan yang ada dalam pusat latihan tersebut.

Zamsaham dilihat mempunyai pelan jangka masa panjang bagi pasukan Kelantan dan ini merupakan salah satu langkah awal untuk menjadikan pasukan itu sebagai satu kelab profesional yang mempunyai fasiliti lengkap. – MalaysiaGazette