nfazlina@nstp.com.my
Sungai Golok: Keluarga penyanyi dikir barat Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan mereka mula berkumpul di luar pekarangan Balai Polis Sungai Golok.
Kesemua mereka yang kebanyakannya tiba dari Kelantan pada 12 tengah hari waktu Malaysia.
Jelas terpancar keceriaan di wajah masing-masing dan begitu bersemangat untuk berjumpa dengan anak selepas lebih sembilan bulan berada di Penjara Wilayah Narathiwat.
Eda Ezrin dan lima yang lain dijangka tiba di Balai Polis Sungai Golok sekitar jam 3 waktu Malaysia sebelum dihantar ke Pejabat Imigresen untuk proses dokumentasi.
Mengikut ahli keluarga masing-masing, sebaik kesemua mereka tiba di Balai Polis Sungai Golok, setiap wakil keluarga sama ada ibu atau ayah dibenarkan masuk ke Balai Polis Sungai Golok untuk berjumpa dengan anak masing-masing.
Media semalam melaporkan Eda Ezrin dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya Mohd Affendi Ahmad, 35, didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
Bagaimanapun pada 6 Mac lalu, keenam-enam mereka dibebaskan Mahkamah Wilayah Narathiwat daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba.
- Polis akan rakam keterangan Eda Ezrin sejurus pulang ke Malaysia
- Kepulangan Eda Ezrin, suami dan 4 rakan jadi tumpuan media Kelantan
- Tak sabar untuk peluk Eda Ezrin – Bapa
- Eda Ezrin, suami, 4 rakan dijangka pulang ke Kelantan esok
- Pembebasan bukti anak tidak bersalah – Bapa Eda Ezrin
- Eddie Hamid bersyukur doa di Makkah dimakbulkan
- Eda Ezrin bebas hari ini
- Penjara Narathiwat nafi Eda Ezrin fail cerai
- Saya tak kenal Yuyu, tiada kaitan dengan rampasan dadah – Eda Ezrin
© New Straits Times Press (M) Bhd