Keluarga pelakon wanita turut berada di lokasi

Keluarga pelakon wanita turut berada di lokasi

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ahli keluarga pelakon wanita yang dicekup berkhalwat dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz turut berada di kondominium mewah itu selepas dimaklumkan mengenai tangkapan itu, awal pagi tadi.

Mereka yang dilihat berada di situ ialah kakaknya yang juga seorang pelakon bersama dua adiknya yang lain.

Difahamkan, mereka hadir ke lokasi selepas dihubungi pelakon wanita terbabit.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Namun, mereka tidak kelihatan di pejabat Jawi ketika pasangan itu dibawa ke sana untuk prosedur selanjutnya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada kakak pelakon wanita itu tidak berjaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top