Kemaruk kahwin baru, lelaki mengemis duit dari isteri pertama & adik-beradik

Kemaruk kahwin baru, lelaki mengemis duit dari isteri pertama & adik-beradik

Perkahwinan sememangnya satu ikatan suci yang amat digalakan oleh nabi dan Allah S.W.T. Namun, sebagai individu dewasa, seharusnya ramai perlu tahu antara syarat untuk berkahwin adalah berkemampuan.

Lagi-lagi jika berniat mahu berpoligami, seseorang lelaki itu perlukan tahu yang dirinya mampu dari segi zahir dan batin serta mendapat reda dari isteri pertama.

Namun, menerusi perkongsian yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini, seorang penggguna TikTok telah mendedahkan beberapa tangkapan layar perbualan seseorang yang ingin bernikah satu lagi namun meminta duit dari orang sekeliling.

Lebih menjijikkan, dia telah menggunakan agama sebagai modal meraih simpati adik-beradik serta isteri pertamanya bagi menghalalkan seorang wanita lain.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter  dikenali sebagai @kertasgraf mengambil dari aplikasi TikTok milik @abjefri, dia telah meluahkan rasa sakit hati apabila lelaki tersebut meninggalkan mesej meminta bantuan kewangan kepada isteri serta adik beradiknya dengan harapan dapat menaja majlis pernikahannya dengan seorang wanita lain.

Apa yang membuatkan warganet lebih geram adalah jumlah yang diminta begitu tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit sedangkan diri sendiri tidak mampu.

@abjefri

Replying to @qt Ini dia…

♬ Hijrah Cinta – Rossa

Dalam perkongsian terbaru pengguna TikTok itu juga ada menunjukkan yang lelaki terbabit telah pergi ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran berpoligami dan sempat meluahkan rasa bangga dipuji kerana tidak takut untuk berkahwin lain.

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen yang rata-rata jijik dengan cara lelaki tersebut ingin melakukan amalan sunnah.

Mereka telah mengecam tindakan lelaki itu yang menggunakan agama demi berkahwin lain dan mendapatkan tajaan daripada ahli keluarga hanya disebabkan mahu merealisasikan impiannya berbini baru.

Walau bagaimanapun, kesahihan perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan dan jika ia benar, tindakan lelaki di dalam tangkapan layar perbualan tersebut sememangnya keterlaluan serta menunjukkan nilai negatif kepada masyarakat Islam.

 

Sumber: Twitter @kertasgraf, TikTok @abjefri

 

Scroll to Top