BARCELONA boleh menarik nafas lega apabila meraih kemenangan berharga menerusi jaringan lewat permainan Ronald Araujo ketika membenam Real Sociedad 1-0 dalam saingan La Liga awal pagi Ahad.
Kemenangan itu membuatkan jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez bagai hilang kata-kata apabila menyifatkan bola sepak sebagai sesuatu yang mengejutkan dan sukar untuk digambarkan.
Selepas tewas pada saat akhir kepada Real Madrid dalam aksi Clasico minggu lalu, biarpun Barcelona bermain lebih baik, perkara sama berlaku kepada Real Sociedad apabila berdepan anak buah Xavi di San Sebastian.
“Ia amat menakjubkan. Bola sepak sukar untuk dijelaskan.



