Trending
Kementerian sahkan tiada pesawat Malaysia Airlines digantung operasi. Hanya penyelenggaraan berkala dilakukan ikut piawaian keselamatan.
Kementerian Pengangkutan menegaskan tiada satu pun pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAS) yang digantung operasi akibat masalah teknikal ketika ini.
Menurut laporan Kosmo, pesawat yang tidak beroperasi hanyalah kerana sedang menjalani penyelenggaraan berkala, bukan kerana kerosakan seperti yang didakw sesetengah pihak.
Perkara itu dikatakan sendiri Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.
Penyelenggaraan berkala dilaksanakan mengikut keperluan keselamatan serta piawaian industri penerbangan.
Kos penyelenggaraan ditanggung penuh Malaysia Aviation Group (MAG)

Menjawab soalan Dr. Mohammed Taufiq Johari (PH–Sungai Petani), Hasbi menjelaskan bahawa MAG ialah entiti komersial, dan setiap kos pembaikan atau penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat, bukan kerajaan.
Kementerian Pengangkutan tidak menanggung sebarang kos berkaitan.
Keputusan operasi termasuk penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan sepenuhnya oleh pihak korporat mengikut keperluan syarikat.
4,113 jurutera pesawat berkelayakan diiktiraf CAAM

Dalam sesi sama, Hasbi turut memaklumkan bilangan jurutera pesawat berkelayakan di Malaysia kini mencecah 4,113 orang.
Perincian mereka ialah:
- 2,318 lesen kategori B1 (mekanikal)
- 879 lesen kategori B2 (avionik)
- 51 memegang lesen B1 & B2
- 865 lesen kategori A (technician)
Ini membuktikan industri penerbangan negara berada pada tahap kompetensi yang kukuh dengan tenaga pakar mencukupi.
Pssttt! Keselamatan dalam dunia penerbangan tidak pernah dikompromi. Biar lambat asalkan selamat. Penyelenggaraan berkala adalah pelaburan, bukan beban.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




