Kena maki depan muka, reaksi tenang penguatkuasa majlis daerah raih pujian

Sejak pagi tadi, tular di media sosial satu video seorang penguatkuasa majlis daerah yang didakwa teruk dimaki oleh seorang peniaga ketika menjalankan tugas telah menjadi perdebatan ramai.

Video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Izzan Rashid telah mendapat perhatian warganet dan ramai berpendapat bahawa tindakan peniaga tersebut agak keterlaluan kerana mengganggu tugas penguatkuasa.

Dapat dilihat yang penguatkuasa berkenaan tenang tidak melayan segala provokasi yang dilakukan oleh lelaki tersebut walaupun dimaki bertubi-tubi dan diugut.

Tindakannya mendapat pujian ramai kerana semangat serta ‘kekentalan’ hatinya dalam menahan perasaan dari bertindak membalas segala cercaan peniaga tersebut ketika sedang menjalankan tugas.

Menjengah keruangan komen, rata-rata warganet juga telah memuji kesabaran yang ada dalam diri penguatkuasa tersebut dalam menangani individu kurang ajar seperti itu.

Mereka juga menyarankan agar laporan polis dibuat kerana tindakan peniaga terbabit sangat berlebihan lebih-lebih lagi ketika mengugut mahu membunuh.

 

Sumber: Facebook Izzan Rashid