Kena marah dengan Shuib? Watie akur padam gambar seksi

Kena marah dengan Shuib? Watie akur padam gambar seksi

Kurang sebulan lagi untuk usahawan, Watie Hanifiah mendirikan rumah tangga dengan pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib.

Selepas mengikat tali pertunangan, sudah tentu wanita berusia 35 tahun itu terus menjadi perhatian menerusi pelbagai perkongsian di laman Instagram.

Terbaru, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memuat naik satu hantaran memaparkan dirinya mengenakan baju berwarna hijau putih di sebuah restoran.

Berdasarkan kapsyen, dia menyatakan sedang menghitung hari untuk bergelar isteri selain terpaksa akur memadam gambar dikongsi sebelum ini selepas dipercayai dimarahi oleh Shuib.

“Tinggal sebulan lagi (hari bahagia). Masih kapsyen sama, gambar je kita kasi tukar. Sebab ada yang marah,” tulisnya baru-baru ini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai dengan harap supaya Watie dapat menjaga penampilan agar lebih sopan serta tertutup.

Ini kerana seorang isteri perlu menjaga maruah suami dan juga menjadi contoh terbaik kepada anak-anak sekali gus menjalani rumah tangga penuh bahagia.

Terdahulu, Watie bertunang dengan Shuib dalam satu majlis tertutup di kediamannya pada 6 Mei lalu dan dijangka akan melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.

Sumber: Instagram Watie Hanifiah