Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa apabila menerima layanan berbeza apabila berkunjung ke restoran mewah hanya kerana penampilannya yang santai.
Menerusi hantaran di Threads, Nabila berkata apabila dia berpakaian santai pandangan terhadapnya seolah dia tidak layak berada di restoran berkenaan.
BACA: Bagi Makan Daging Wagyu, Ramai Nak Jadi Kucing Nabila Huda

“Kenapa kadang-kadang bila pakai comot nak masuk restoran mewah kena pandang macam kena ‘judge’?
“Contoh kadang tu keluar memang pakai tshirt dan selipar. Malaslah nak bersiap. Tapi lipstick haruslah kan. Cuma watak tu tak cukup dengan look dan feel restoran tu,” tulisnya.
Nabila turut mengatakan ada pelanggan yang memberikan pandangan seolah-olah dirinya seperti gelandangan ketika berada di restoran tersebut.
“Dan ada juga pelanggan yang bagi pandangan macam kita gelandangan,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila berkata dia bukan mahu layanan istimewa tetapi diberikan layanan yang adil tanpa mengira penampilan seseorang.




