Keputusan mahkamah beri harapan baharu pada PN – Hamzah

Keputusan mahkamah beri harapan baharu pada PN – Hamzah

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Perikatan Nasional (PN), hari ini memberi harapan baharu pada gabungan parti pembangkang itu.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan yang menggantung notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu membolehkan lambang PN digunakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini bertepatan dengan penghakiman Almarhum Sultan Azlan Shah dalam kes Pengarah Tanah dan Galian, Wilayah Persekutuan v Sri Lempah Enterprise Sdn Bhd [1979] bahawa: “setiap kuasa mesti mempunyai batasan undang-undang, jika tidak, ia akan membawa kepada pemerintahan diktator”
.
“Keputusan ini akan memberi harapan baru khususnya kepada PN untuk menghadapi sistem demokrasi dalam negara secara sihat dan adil kerana kami percaya, kuasa bukanlah lesen untuk bertindak secara sesuka hati, manakala undang-undang juga bukan alat untuk menekan pihak yang berbeza pandangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan tersebut akan memperkukuh kuatan mereka.

“Insya-Allah, keputusan positif yang dicapai hari ini menguatkan lagi tekad PN untuk
memperkukuhkan kekuatan

“Bagi menawarkan polisi serta khidmat terbaik kepada rakyat dan menterjemahkannya melalui sokongan rakyat dalam PRN Melaka nanti,” katanya.

Terdahulu, Hakim Datuk Azizan Md Arshad dilapor membuat keputusan tersebut selepas mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan, khususnya mengambil kira kemungkinan kemudaratan terhadap aktiviti politik pemohon dan penyertaan mereka dalam sistem pilihan raya negara.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh lima pemohon, iaitu Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Sathes Kumar Nilamaham; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), Datuk Sazmi Miah.

Dua responden pula ialah Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – UTUSAN

Scroll to Top