Keputusan Mahkamah The Hague bukti Kumpulan Sulu tiada locus standi – Hajiji

Keputusan Mahkamah The Hague bukti Kumpulan Sulu tiada locus standi – Hajiji

bhnews@bh.com.my

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague hari ini yang menolak cubaan pihak mendakwa waris Sultan Sulu untuk menguatkuasakan Final Award timbang tara terhadap kerajaan Malaysia membuktikan kumpulan berkenaan tiada locus standi menuntut Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata keputusan itu juga mengukuhkan lagi pendirian Kerajaan Sabah bahawa ia tidak mengiktiraf tuntutan pihak terbabit.

“Sabah berkongsi keyakinan dengan Kerajaan Persekutuan seperti dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya anugerah itu selepas keputusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Hajiji juga menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas tindakan tegas dalam melindungi kedaulatan Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri akan terus bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan sehingga apa yang dikatakan tuntutan terhadap Sabah oleh pihak Sulu dihapuskan terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top