am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kerajaan negeri akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani banjir di Kuala Selangor dan Kapar, Klang.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata ia bagi memastikan kejadian banjir di kawasan berkenaan tidak berulang, sekali gus mengatasi masalah berkenaan.
“Saya melawat dua pusat penempatan sementara (PPS) masing-masing di Kuala Selangor yang menempatkan 700 mangsa dan Bukit Kapar (74).
“Mereka diberi tempat berteduh serta bantuan secukupnya sementara keadaan di kedua-dua lokaliti ini bertambah baik.
“Saya juga mendengar pandangan dan cadangan penduduk di kawasan terjejas berkenaan isu ini. Alhamdulillah, beberapa keluarga sudah pun kembali ke rumah masing-masing dan kerajaan negeri serta agensi berkaitan akan terus berusaha mengatasi masalah banjir supaya tidak akan berulang dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua berkata demikian dalam kenyataan selepas melawat kedua-dua PPS berkenaan malam tadi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




