saufi@mediaprima.com.my
Keringnya Laut Galilie atau Tasik Thabariyyah (Tasik Tiberias) dan berhentinya ladang kurma di daerah Baisan mengeluarkan hasilnya adalah dua tanda munculnya Dajal Al-Masih.
Kedua-dua tanda itu sebenarnya sudah disebut Dajal ketika bertemu Tamim al-Dari di sebuah pulau dan kini kita semua sedang menyaksikan perkara itu berlaku sedikit demi sedikit.
Untuk rekod, Israel terpaksa mengepam air untuk disalur ke Laut Galilie yang kering dan dilapor berada pada paras terendah dalam tempoh 100 tahun pada Januari 2023.
Diriwayatkan daripada Fatimah binti Qais RA, beliau berkata: “Aku telah mendengar muazin Rasulullah SAW memanggil untuk solat. Aku pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah SAW.
“Apabila Rasulullah SAW selesai solat, Baginda duduk di atas mimbar lalu sambil tersenyum Baginda bersabda: “Setiap orang tetaplah duduk di tempat solatnya.”
Kemudian Baginda bersabda: “Tahukah kamu kenapa aku mengumpulkan kamu semua?’
Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengumpulkan kamu bukanlah untuk suatu khabar gembira atau khabar buruk, akan tetapi aku mengumpulkan kamu kerana Tamim al-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani kini memeluk Islam dan berbai’ah kepadaku. Ia mengatakan sesuatu yang pernah aku katakan kepada kamu tentang al-Masih Dajjal. Ia mengisahkan perjalanannya kepadaku bahawa dia belayar bersama 30 orang daripada Kabilah Lakham dan Judzam dengan sebuah kapal laut. Kemudian mereka terumbang-ambing oleh ombak selama satu bulan. Hingga terdampar di sebuah pulau di tengah laut di kawasan tempat terbenamnya matahari. Lalu mereka berehat di suatu tempat yang dekat dengan kapal.
Diriwayatkan bahawa Tamim Ad-Dari dihampiri oleh suatu makhluk yang penuh dengan bulu.
Kami bertanya: “Apakah kamu ini?
Ia menjawab: “Aku adalah al-Jassasah”
Kami bertanya: “Apakah al-Jassasah itu?”
(Tanpa menjawab soalan kami), ia berkata: “Wahai kamu, lihatlah seorang lelaki di rumah terpencil itu. Sesungguhnya ia ingin mendengar maklumat daripada kamu!”
Lalu kami menuju tempat kamu ini dan kami terkejut bercampur takut kerana menyangka bahawa ia adalah syaitan.
Tamim al-Dari berkata: “Ketika Jassasah menjelaskan kepada kami tentang lelaki itu, kami terkejut kerana menyangka ia adalah syaitan. Lalu kami akan berangkat sehingga kami memasuki rumah tersebut, di sana ada seorang manusia yang paling besar (yang tidak pernah kami lihat sebelum ini) dalam keadaan terikat sangat kuat. Kedua-dua tangannya terikat ke bahunya serta antara dua lutut dan kedua-dua mata kakinya terbelenggu dengan besi.”
Ia (Dajal) bertanya: “Siapakah kamu.”
Kami menjawab: “Kami orang Arab yang berlayar dengan kapal, tiba-tiba kami menghadapi laut yang bergoncang, lalu kami terumbang-ambing di tengah laut selama sebulan dan terdamparlah kami di pulau ini. Lalu kami duduk di tempat berdekatan kapal, kemudian kami masuk pulau ini, maka kami bertemu binatang yang sangat banyak bulunya yang tidak dapat dianggarkan mana ekor dan mana kepalanya kerana banyak bulunya (al-Jassasah).
Kami bertanya: “Siapakah kamu ini?”
Lelaki besar itu menjawab: “Takdir menentukan bahawa kamu akan menyampaikan maklumat kepadaku.
Lelaki besar yang terikat itu bertanya: “Beritahu kepada aku tentang pohon kurma yang ada di Daerah Baisan?”
Kami bertanya: “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
Lelaki itu berkata: “Aku bertanya sama ada pohon kurma itu berbuah?”
Kami menjawab: “Pohon kurma di sana masih banyak mengeluarkan hasilnya.”
Lelaki itu berkata: “Adapun pohon kurma itu maka hampir saja tidak akan berbuah lagi.”
Kemudian lelaki itu berkata: “Beritahu kepadaku tentang Tasik Galilee.”
Mereka berkata: “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
Lelaki itu bertanya: “Apakah ia masih tetap berair?”
Kami menjawab: “Airnya masih banyak.”
Lelaki itu berkata: “Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis.”
emudian lelaki itu berkata lagi: “Beritahu kepada Aku tentang mata air Zughar.”
Kami menjawab: “Apa yang ingin kamu ketahui tentangnya?”
Lelaki itu bertanya: “Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana bertani menggunakan air dari mata air Zugar itu?”
Kami menjawab: “Benar, ia berair banyak dan penduduknya bertani dari mata air itu.”
Lalu lelaki itu berkata lagi: “Beritahu kepadaku tentang Nabi yang ummi (tidak boleh tulis baca), apa sajakah yang sudah ia perbuat?”
Kami menjawab: “Dia sudah keluar dari Makkah dan menetap di Yathrib (Madinah).”
Lalu lelaki itu bertanya: “Apakah ia diperangi orang Arab?”
Kami menjawab: “Ya.”
Lelaki itu bertanya: “Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?”
Maka kami memberitahu kepadanya bahawa Nabi itu menundukkan orang Arab yang bersama dengannya dan mereka mentaatinya.
Lalu lelaki itu berkata: “Apakah itu semua sudah berlaku?”
Kami menjawab: “Ya.”
Lelaki itu berkata: “Sesungguhnya lebih baik bagi mereka mentaatinya dan sungguh aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal dan sesungguhnya aku hampir saja dibenar untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa 40 malam selain Makkah dan Thaibah (Madinah), kedua-dua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki satu daripada negeri itu maka aku dihadang malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam untuk menghambatku dari kedua-dua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di Kota Madinah ada malaikat yang menjaganya.”
Itu antara dialog antara Tamim al-Dari dan Dajal. Jika diperhalusi dapat disimpulkan bahawa dialog berkenaan ada beberapa tanda mengenai kemunculan Dajal yang memberikan tanda besar berlakunya kiamat.
Beberapa tanda yang diterangkan sama ada sudah berlaku atau sedang berlaku berdasarkan kepada fakta semasa.
Ia memberikan gambaran bahawa garis masa untuk Dajal dibenarkan keluar sudah sangat hampir, cuma persoalannya, apakah persiapan kita?
Penulis Wartawan Harian Metro
© New Straits Times Press (M) Bhd




