Lama tidak mendengar kisah pelakon terkenal, Ayda Jebat sejak dia menimang cahaya mata pertama. Dia turut dilihat selesa dengan kehidupan barunya sebagai isteri kepada pengacara terkenal, Nabil Mahir dan menguruskan sendiri anak sulung mereka, Ana Nayla.
Namun begitu, dia dan suami tak pernah lokek berkongsi momen kebahagiaan mereka di media sosial untuk tatapan peminat yang merindui lakonannya di kaca televisyen.
Dalam posting terbarunya di Instagram, Ayda telah berkongsi khabar gembira buat dia dan suami apabila berjaya membeli sebuah rumah impian untuk keluarga kecil mereka.
Menerusi kapsyen yang disertakan, Ayda menulis bahawa rumah yang mereka peroleh ini adalah rezeki yang tidak terhingga daripada Allah S.W.T berkat kerja keras mereka suami isteri.
Dia juga mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada suami tersayang serta menganggap ini mungkin rezeki anaknya juga.
“Berkat semua kerja keras, pengorbanan kita yang tak tidur malam akhirnya semua terbayar. Kerja siang malam ke pagi sampai tak mampu nak bukak mata dah tapi muka still senyum depan camera, yang tau je tau haha! Congrats to you Nabil Mahir & me! Rezeki baby jugak. Sekarang, marilah kita sibukkan diri dengan rumah baru kita wuvw! tulisnya.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet terutama peminat setia Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengucapkan syukur serta tahniah keatas kejayaan mereka memiliki rumah sendiri.
Mereka juga mendoakan agar pasangan ini terus bahagia hingga ke Jannah serta dimurahkan rezeki dalam setiap apa yang dilakukan bersama.




Sumber: Instagram Ayda Jebat





