Tindakan segelintir pihak yang mahu berbuat kebaikan dengan mewakafkan kerusi roda di Tanah Suci nampaknya mengundang perhatian ramai selepas timbul dakwaan berlaku lambakan sehingga sebahagiannya terpaksa dibuang.
Perkara itu dikongsikan di media sosial apabila beberapa gambar menunjukkan timbunan kerusi roda dipercayai di sekitar Mekah tular, sekali gus mencetuskan perbincangan tentang cara terbaik untuk berwakaf agar manfaatnya benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.
Menurut individu tersebut, orang ramai yang mahu berinfak mungkin boleh mempertimbangkan bentuk wakaf lain seperti makanan kerana manfaatnya lebih berterusan selagi penerima menggunakan bantuan itu untuk perkara baik.
Isu ini kemudian turut mendapat perhatian Prof Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, pakar fiqh fatwa makanan dan kepenggunaan semasa dari Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Nasihat salur wakaf dalam negara terlebih dahulu


Dalam hantaran di Facebook, beliau menasihatkan orang ramai supaya menghentikan wakaf kerusi roda dan al-Quran di Mekah serta Madinah sekiranya ia akhirnya tidak dimanfaatkan dengan baik.
Beliau berkata, wakaf yang berlebihan berisiko disia-siakan seperti dalam gambar yang tular itu.
Nasihat saya, hentikan wakaf kerusi roda dan al-Quran di Mekah Madinah agar wakaf kita tidak disia-siakan seperti dalam gambar ini.- Katanya.
Menurutnya lagi, beliau sendiri pernah melihat lambakan wakaf berlebihan yang akhirnya dikutip pihak pengurusan dua masjid haram.
Pahala tetap sama jika dimanfaatkan

Dalam masa sama, beliau mencadangkan agar duit wakaf disalurkan kepada masjid, surau, IPTA, IPTS dan Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Katanya, pahala wakaf tetap sama insya-Allah sekiranya sumbangan itu benar-benar digunakan dan memberi manfaat kepada orang ramai.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan mutawif atau agensi pelancongan yang menggalakkan wakaf di Mekah dan Madinah tanpa melihat keperluan sebenar di sana.
Isu ini bukan bermaksud menghalang orang ramai berbuat baik, tetapi lebih kepada memastikan setiap ringgit yang diniatkan sebagai wakaf tidak berakhir sebagai lambakan yang tidak terurus.
Perlu semak keperluan sebelum berwakaf

Dalam bab wakaf, niat memang sangat penting. Tapi dalam masa sama, manfaat juga perlu dilihat supaya sumbangan itu sampai kepada sasaran yang betul.
Kalau sesuatu tempat sudah terlalu banyak menerima bantuan sama, mungkin lebih baik wakaf itu dialihkan ke lokasi lain yang lebih memerlukan.
Masjid kecil, surau kampung, sekolah tahfiz, pusat pengajian dan institusi kebajikan dalam negara pun masih ramai yang memerlukan sumbangan sebegini.
Pssttt! Nak buat baik memang mulia, tapi biarlah kebaikan itu sampai pada tempat yang betul. Jangan sampai niat nak pahala, tapi barang yang diwakafkan akhirnya terbiar begitu saja. Semak dulu keperluan, salur pada pihak yang dipercayai dan pastikan wakaf itu benar-benar dimanfaatkan.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




