Kes abai dan aniaya Bella : Siti Bainun diperintah bela diri

Kes abai dan aniaya Bella : Siti Bainun diperintah bela diri

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen untuk membela diri di atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Adik Bella.

Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas  pihak pendakwaan, hakim Izralizam Sanusi berjaya membuktikan prima facie terhadap Siti Bainun.

Terdahulu, Siti Bainun menjadi tular di laman sosial apabila dia telah didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Adik Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dikatakan, dia telah melakukan perkara tersebut di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.

Kes tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Astro Awani