Kes Alphard ‘cilok’ jalan, sumber kata – “Pemandu nak cepat, bos terlambat ke airport”

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kereta jenis Toyota Alphard berwarna hitam dipercayai milik seorang timbalan menteri dipandu secara berbahaya di Jalan Bukit Marak-Binjai, Kota Bahru.

Terbaru, berdasarkan laporan Malaysiakini, kereta bernombor pendaftaran P45 itu didakwa dipandu oleh pemandu pemimpin tersebut yang dikatakan telah terlambat untuk ke lapangan terbang.

“Pemandu yang dalam tugasan hendak cepat dan memotong kenderaan di hadapannya di samping menyalakan lampu isyarat kecemasan dan memastikan keadaan selamat sebelum memotong kenderaan dihadapannya di atas garisan berkembar tersebut.
“Semasa kejadian dia seorang diri memandu dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.
“Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang,” kata sumber.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Suhaimi Jusoh mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kejadian terbabit yang akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum menjadi tular sehingga mengundang kecaman dalam kalangan warganet.

Sumber: Malaysiakini (N Faizal Ghazali) , Twitter @zack_rockstar