Kes baharu hampir cecah 7,000 – Utusan Digital

PETALING JAYA: Kes baharu jangkitan Covid-19 hampir mencecah 7,000 apabila mencatatkan 6,976 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 2,235 kes baharu, tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Ini diikuti Sarawak, 663 kes; Kelantan, 626 kes dan Johor, 549 kes.

Kes di negeri-negeri lain adalah Kuala Lumpur, 447 kes; Negeri Sembilan, 434 kes; Kedah, 422 kes; dan Pulau Pinang, 372 kes.

Perak pula mencatatkan 279 kes manakala Terengganu, 266 kes; Pahang, 263 kes; Melaka, 209 kes; dan Sabah 136 kes.

Labuan pula dengan 37 kes selain Putrajaya, 30 kes; dan Perlis, lapan kes.

Scroll to Top