am@hmetro.com.my
Klang: Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya yang dipercayai dibunuh dalam sebuah rumah di Semenyih, April lalu disebabkan kelemasan akibat beg plastik atau plastic bag suffocation.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan bagaimanapun berkata, maklumat itu diperoleh selepas menerima laporan bedah siasat Jabatan Forensik hospital yang dijalankan ke atas mayat dua mangsa berkenaan.
“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa yang meninggal dunia dalam rumah itu disebabkan sesak nafas (plastic bag suffocation).
“Tiada tangkapan setakat ini. Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, hari ini.
Pada 26 April lalu, media melaporkan dua bersaudara ditemukan maut di sebuah rumah di Semenyih, dipercayai dibunuh.
Berita berkaitan
• Kes bunuh wanita, anak saudara: Polis rakam keterangan 5 saksi
© New Straits Times Press (M) Bhd




