Kes gadis ditikam 61 kali: Suspek akan didakwa esok, seorang lagi bebas dengan jaminan

Kes gadis ditikam 61 kali: Suspek akan didakwa esok, seorang lagi bebas dengan jaminan

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Seorang suspek remaja lelaki yang sebelum ini ditahan reman berhubung kematian penuntut kolej yang ditemui dengan 61 tikaman di Ketereh, akan didakwa esok.

Manakala seorang lagi suspek yang sebelum ini turut direman dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat ketika dihubungi mengesahkan seorang suspek akan didakwa di mahkamah esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, mayat penuntut kolej ditemui di Kampung Padang Simah, Ketereh, dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, mangsa berusia 19 tahun ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun

identitinya dikenal pasti menerusi semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditemui di lokasi terbabit.

Susulan kejadian itu, polis menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu bapa kepada salah seorang suspek sebelum warga emas terbabit dibebaskan dengan jaminan polis..

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top