Kes Ganja 35kg Di Kelantan: Doktor Tak Tahu Kegiatan Isteri Dan Dua Anak | Oh! Tidak – Oh! Media

Kes Ganja 35kg Di Kelantan: Doktor Tak Tahu Kegiatan Isteri Dan Dua Anak | Oh! Tidak – Oh! Media

Oh! Tidak

Anak doktor kes 35kg ganja di Ketereh sempat sapa media “morning everyone” ketika dibawa sambung reman.


Sejak kebelakangan ini, tangkapan sindiket dadah di Kelantan kerap kali dilaporkan. Terbaru, tiga suspek iaitu dua anak lelaki dan ibu ditahan reman untuk membantu siasatan kes 35 kilogram (kg) ganja mampat.

Lapor Sinar Harian, kesemua suspek ditahan pada 5 Ogos lalu dalam serbuan kira-kira jam 4.30 pagi di sebuah banglo di Kampung But, Ketereh oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan.

Anak dan isteri doktor kantoi simpan 35kg dadah

Ganja

Hasil pemeriksaan, polis menemui ganja dipercayai diseludup dari Thailand yang disimpan dalam kotak dan beg, sepucuk pistol jenis Glock, 16 butir peluru, kelonsong serta empat kenderaan mewah termasuk BMW dan Mercedes Benz dengan nilai rampasan dianggarkan RM420,000.

Lebih mengejutkan apabila suspek merupakan ahli keluarga kepada seorang doktor di Ketereh. Dotor tersebut mempunyai sebuah klinik swasta dan dua suspek bekerja dengannya sebagai pembantu klinik.

Polis Kelantan
Foto Harian Metro

Mereka disahkan positif methamphetamine dan ketamin. Manakala suspek wanita iaitu si ibu merupakan suri rumah didapati negatif dadah.

Kesemua mereka sebelum ini direman tujuh hari dan proses sambung reman sedang berjalan. Awani melaporkan, sindiket itu dipercayai aktif sejak 2023 dan menggunakan rumah sebagai lokasi penyimpanan.

Polis Kelantan mengesahkan doktor itu sudah diambil keterangan dan berpuas hati dengan siasatan setakat ini.

Jelasnya, semasa serbuan doktor itu tiada di rumah dan mendakwa tidak mengetahui kegiatan yang berlaku di kediamannya.

Pssttt! Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya dan keputusan pihak berkuasa.

Kredit: Sinar Harian | Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top