“Kesian Jemaah Datang Awal Ke Masjid Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf”

“Kesian Jemaah Datang Awal Ke Masjid Tapi Tewas Dengan Geng Reserve Kerusi Dekat Saf”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang bersikap penting diri apabila ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff berkata dia kasihan dengan jemaah yang sampai awal namun tidak dapat saf di hadapan kerana ada yang gemar meletakkan kerusi terlebih dahulu namun mereka tiada di kawasan masjid.

BACA: Alif Satar Puji Hun Haqem Sertai ‘Ride’ Subuh Macam Jumaat

“Kesian jemaah yang datang awal ke masjid, bersemangat nak dengar khutbah tapi tetap tewas dengan geng ‘reserve’ kerusi dekat saf. Kerusi dah sampai, tuannya belum lagi. Memang bermasalah, kalau aku..segan beb,” tulisnya.

Diruangan komen, ramai yang bersetuju dengan Alif dan perkara itu tidak sepatutnya dinormalisasikan dan tindakan itu dilihat tidak wajar. 


Scroll to Top